Recent Posts

Sabtu, 31 Oktober 2009

0 komentar

Ringkasan sifat solat Nabi saw

oleh Muhammad Nasir Ad-din Al-Albani (محمد ناصر الدين الألباني - رحمه الله -)



Mengadap kearah Ka'bah (استقبال الكعبة)

1. Apabila anda berdiri utk bersolat, hadapkan kearah Ka'bah dimana saja kamu berada, dalam solat fardu dan naafil (sunat). Ini merupakan rukun dari rukun-rukun solat, solat tanpanya tidak sah.

2. -Kewajiban mengadap arah solat tidak diguna pakai (gugur) kepada seseorang yang didalam peperangan, apabila bersolat khawf (takut) atau berada didalam peperangan yg dasyat.
-Tidak juga kepada mereka yg sakit, atau mereka diatas kapal atau kereta, atau kapal terbang, jika takut terlepas waktu. (sebab mengambil masa mencari arah -kamin)
-Tidak juga kepada mereka yg solat witir atau naafil sambil menunggang bintang atau yg lainnya, adalah mustahab kepadanya mengadap qiblat jika ia boleh melakukan semasa melakukan Takbir Al-Ihram, kemudian ia mungkin akan mengadap mana-mana arah yg dia hadap.

3. Sesiapa yg nampak ka'bah wajib mengadapnya; mereka yg tidak nampak mesti mengadap arahnya.


Hukum tersilap mengadap Ka'bah: <حكم الصلاة إلى غير الكعبة خطأ

4. Jika seseorang tidak mengadap kiblat, kerana awan, atau sebab-sebab yg lain, setelah ia bersungguh-sungguh menjadi arah yg sebenar, solatnya sah, dan tidak payah mengulangi lagi.

5. jika sesorang yg dipercayai datang - sementara dia bersolat - dan beritahunya arah yg betul, maka ia jangan menafikan tegurannya, maka solatnya masih sah.


Berdiri (القيام)

6. Adalah wajib berdiri semasa bersolat, adalah Rukun, melainkan seseorang solat khwaf atau berperang yg dasyat, maka dibenarkan bersolat sambil menunggang. Dan bagi mereka yg sakit dan tidak mampu duduk, dia harus solat duduk jika mampu, jika tidak berbaring sebelah; dan sesiapa yg solat naafil, dibolehkan solat sambil menunggang atau duduk jika dia mahu, di mengisyaratkan ruku dan sujud dengan kepala. Sesiapa yg sakit boleh melakukan ini, dan ia harus melakukan sujud rendah dari rukuknya.

7. Tidak dibenarkan bagi seorang yg bersolat duduk diatas sesuatu yg dinaikkan diatas bumi untuk bersujud keatasnya. Malah dia mesti menjadikan sujudnya rendah dari rukuknya - sebagaimana yg kita sebut - jika ia tidak mampu mencecah bumi dengan kepalanya.


Solat diatas kapal atau kapal terbang: الصلاة في السفينة والطائرة:

8. Adalah dibenarkan bersolat fardu diatas kapal. Dan bergitu juga di kapal terbang

9. Untuknya (dibolehkan) bersolat sambil duduk jika khuatir dirinya akan jatuh

10. Adalah dibolehkan bersandar diatas tiang atau kayu semasa berdiri, jika tua atau lemah badan.

Mencampurkan berdiri dan duduk didalam solat: الجمع بين القيام والقعود:

11. Adalah dibenarkan bersolat qiamullail berdiri atau duduk tanpa sebarang keuzuran, atau mencampurkan kedua-duanya. Maka seeorang itu dibenarkan bersolat dan menbaca secara duduk, dan sebelum dia rukuk dibenarkan berdiri dan membaca ayat yang seterusnya sambil berdiri, kemudia dia ruku' dan sujud, maka ia boleh melakukan misalnya yg lain dirakaat kedua.

12. Jika di bersolat duduk bersilang, atau duduk mana-mana yg dia rasa selesa.


Bersolat memakai kasut الصلاة في النعال:

13. Adalah dibenarkan bersolat berkaki ayam, atau bersolat memakai kasut.

14. Kadangkala adalah lebih baik berkaki ayam dan kadang kala memakai kasut, menurut mana yg mudah; seorang janganlah menjadikan ia satu kesukaran untuk meletakkan memakai kasut atau memakainya untuk bersolat jika seseorang itu berkaki ayam, dia harus bersolat berkaki ayam dan jika dia memakai kasut maka ia boleh bersolat dengan memakai kasut, melainkan bila ada sebab untuk tidak melakukannya.

15. Jika ia membukanya, maka tidaklah boleh meletakkan (kasutnya) disebelah kanan; tetapi elok meletakkannya disebelah kirinya, jika tiada orang disebelah kiri, jika sedemikian ia harus meletakkan kasut diantara tapak kakinya. Inilah yang diriwayatkan oleh Sahih dari Nabi saw.

Bersolat diatas Mimbar الصلاة على المنبر:

16. Ada dibolehkan bagi Imam bersolat ditempat yg tinggi (eg. mimbar) bagi mengajar manusia, di berdiri, bertakbir, membaca Al-Quran dan rukuk semasa diatasnya, kemudian ia harus turun kebelakang agar di dapat sujud dibumi dikaki mimbar, dan ia pergi kembali dengan melakukan rakaat yg lain sebagaimana yang pertama.


Adalah wajib bersolat mengadap sutrah dan dekat dengannya: وجوب الصلاة إلي سترة والدنو منها:

17. Adalah wajib mengadap sutrah, tidak ada perbezaan antara masjid dan tempat lain, samada masjid besar atau kecil, kerana umum makna hadith Nabi saw ,"Jangan bersolat melainkan dengan sutrah, dan jangan membenarkan seseorang melintasi dihadapan kamu, dan jika ian berdegil makan lawan ia, kerana bersamanya qareen" - bermakna syaitan.

18. Ada wajib berdekatan dengan sutrah, kerana Nabi saw merintahkan begitu.

19. Diantara tempat dimana Nabi saw sujud dan dinding adalah seluas seekor kambing dapat melaluinya, barangsiapa melakukannya adalah berdekatan [kepada sutrah] sebagaimana yang diperlukan.


Berapa tinggi sutrah? مقدار ارتفاع السترة:

20. Sutrah haruslah lebih kurang satu lengan atau dua atas tanah, kerana Nabi saw bersabda :"Apabila seorang dari kamu meletakkan sesuatu dihadapannya seperti kayu di hujung pedati, ia boleh bersolat dan tidak perlu gusar mengenai sesiapa yang lalu dihadapannya".

21. Seseorang itu harus mengadapapkan wajahnya terus, kerana ini adalah makna yang jelas arahan yang menyuruh bersolat memandang kearah sutrah. Melangkah sedikit kekanan atau kekiri agar ia tidak mengadap terus adalah tidak benar.

22. Adalah dibolehkan mengadap batang pokok dibumi atau sebahagiannya, atau pokok, atau tiang, atau wanitanya yang berbaring didalam selimut, atau binatang, walaupun ia seekor unta.


Larangan bersolat mengadap kubur: تحريم الصلاة إلى القبور:

23. Adalah dilarang secara mutlak bersolat mengadap kubur samada kubur nabi-nabi atau yang lainya.


Larangan berjalan dihadapan seseorang yg sedang bersolat walaupun di Masjid Al-Haram: تحريم المرور بين يدي المصلي ولو في المسجد الحرام:

24. Tidak dibenarkan berjalan dihadapan orang yg sedang bersolat jika diantaranya ada sutrah (diantara dia dan sutrah -kamin), Dan tidak ada bezanya diantara Masjid Al-Haram dan Masjid yang lain. Kesemuanya adalah sama didalam perkara larangannya, kerana umumnya Nabi saw bersabda :"Jika seseorang itu menlintasi seseorang yang sedang bersolat mengetahui betapa besarnya dosa hasil dari perbuatanhya, berdiri 40 tahun lebih baik kepadanya dari melintasidihadapan orang yang bersolat". Yakni melalui dihadapannya diantara dia dan tempat sujudnya".


Wajib yg bersolat menghalang seseorang yang lalu dihadapannya, walaupun di Masjid Al-Haram :وجوب منع المصلي للمار بين يديه ولو في المسجد الحرام:

25. Adalah tidak dibenarkan bagi sesiapa yg bersolat karah sutrah membenarkan seseorang melalui hadapannya, kerana hadith yg lepas mengatakan,"Jangan membenarkan sesiapa melintasi kamu.....". dan bersabda Nabi saw :"Jika seseorang dari kamu yang bersolat mengadap sutrah diantara dia dan seorang yg lain, dan seseorang ingin melalui dihadapannya, maka hendaklah ia menolak dia dibahagian atas dada dan halangnya sebanyak yang mungkin." Menurut riwayat yang lain ".....dia harus menahan seseorang itu, tetapi jika dia ingkar maka dia harus melawannya, maka sesungguhnya dia adalah syaitan."


Melangkah kehadapan bagi menghalang seseorang melalui hadapannya: المشي إلى الأمام لمنع المرور:

26. Dibenarkan bagi seseorang mengambil satu atau dua langkah kehadapan, bagi menghalang seseorang yg tidak beranggung ajwab melalui dihapadannya, seperti binatang atau kanak-kanak kecil, dan membiarkan dia melalui dibelakangnya.


Apa yang memutuskan solat: ما يقطع الصلاة:

27. Sutrah adalah sangat penting bagi solat seseorang, ia menghalang dari batalnya solat jika seseorang melalui hadapannya. Ini dalah berbeza diantara seseorang yang tidak menggunakan sutrah, solatnya akan terputus jika perempuan tua, keldai atau anjing hitam melalui dihadapannya..


Niat - النية
28. Tidak boleh lari seorang yang bersolat memasang niat solat apa yang ingin dirikan. Dia haruslah mempunyai keinginan didalam hatinya , samada solat fardu Zohor atau Asar, atau sunat-sunat solat tersebut, Ia merupakan syarat atau rukun. Sesungguhnya lafaz dengan lisan adalah bid'ah yang mententangan dengan sunnah, yang mana tidak di perkarakan oleh mana-mana imam yang diikuti.


Takbir - التكبير

29. Kemudian ia memulakan solat dengan berkata :"Allahu Akbar", dan ia adalah rukun, kerana bersabda Nabi saw :"Kunci solat ialah bersuci (wudhu'), ia dimasuki dengan takbir, dan keluar dengan salam.

30. Dia harus tidak menaikkan suara didalam takbir pada semua solat, melainkan jika ia menjadi Imam

31. Adalah dibenarkan muazzin mengikuti(menyampaikan) takbir Imam nkepada manusia, jika ada keperluan melakukannya, seperti Imam sakit, dan suaranya lemah atau ramai sangat orang yg bersolat dibelakang Imam.

32. Makmum janganlah bertakbir sehingga Imam tamat/habis dengan takbirnya.


Mengangkat tangan dan caranya: - رفع اليدين وكيفيته:

33. Dia mengangkat tangannya apabila bertakbir atau sebelumnya, atau selepasnya. Semua itu thabit didalam Sunnah.

34. Dan dia harus mengangkatnya dengan jari dilebarkan (stretch)

35. Dia menjadikan tangannya sebaris dengan bahu, dan kadang-kala mengangkatnya sehingga selari (parallel) dengan hujung telinganya.


Meletakkan kedua-dua tangan dan caranya - وضع اليدين وكيفيته:

36. Kemudian dia meletakkan tangan kanan keatas tangan kiri selepas sahaja takbir, dan ia adalah sunnah nabi-nabi sejahtera atas mereka, dan arahan Nabi saw dan sahabat-sahabatnya, dan tidak BOLEH biarkan tergantung...

37. Dan tangan kanan diletakkan dibelakang tangan kiri, pergelanggan dan lengan.

38. Adakala ia tangan kiri menerima yang kanan.


Tempat letaknya: - محل الوضع:

39. Diletakkan kedua-dua tangan diatas dadanya sahaja, lelaki dan wanita adalah sama.

40. Tidak di benarkan meletakkan tangan kanan dipingang.


Khusyuk dan memanding kearah tempat sujud - الخشوع والنظر إلى موضع السجود

41. Keatasnya haruslah khusyuk didalam solatnya, dan harus mengelak dari apa-apa yang 'distract' ia darinya, seperti ukiran dan perhiasan, dan Tidak boleh bersolat dengan kehadiran makanan yg diinginkannya. Dan tidak ia ingin membuang air kecil atau besar.

42. Dan melihat ia semasa berdiri (qiam) kearah tempat sujudnya.

43. Dan Tidak boleh melihat kanan atau kiri, kerana sana-sini adalah syaitan mencurinya solat dari hambanya

44. Tidak dibenarkan menaikkan penglihatan kearah langit.

Membaca Al-fatihah di setiap rakaat - قراءة الفاتحة في ركعة:

61. Adalah wajib membaca al-Fatihah di setiap rakaat.

62. Adalah baik ditambah didalam 2 rakaat terakhir juga kadangkalanya

63. Tidak dibolehkan Imam melakukan pembacaan yang panjang dari apa yang telah dinyatakan didalam sunnah, kerana ia membawa kesukaran kepada mereka yang bersolat dibelakangnya, seperi orang tua dan sakit, wanita yg sedang merawat, atau bagi mereka yang mempunyai hajat.

Membaca dengan kuat dan perlahan - الجهر والإسرار بالقراءة:

64. Menguatkan bacaan didalam solat Subuh dan Jumaat, Solat HariRaya, Solat Istisqaa' (mohon diturunkan hujan), solat semasa gerhana (kusoof) dan didalam 2 rakaat awal Magrib dan Isya'. Memerlahankan bacaan didalam 2 rakaat awal Zuhur dan Asar, didalam rakaat ke 3 Maghrib dan didalam 2 rakaat akhir Isyaa'.

65. Dibolehkan Imam sekali-sekala membunyikan bacaan didalam solat dimana bacaanya harus dibaca secara perlahan.

66. Bagi solat Witir dan Qialmullail, ia harus membaca perlahan kadang-kala kuat kadang-kalanya, dan ia harus sederhana didalam menguatkan suaranya.

Membaca secara tartil - ترتيل القراءة:

67. Sunat membaca al-Quran secara tartil, tidak cepat dan tidak gopoh. Ia harus dibaca dengan jelas antara setiap huruf demi huruf, mencantikkan al-Quran dengan suaranya. Ia harus memerhatikan peraturan-peraturan yang mashyur disisi ulama' tajwid, dan tidak membacanya dengan cara bid'ah seperti penyanyi, dan tidak menurut peraturan-peraturan musik.

Mengisyaratkan kepada Imam - الفتح على الإمام:

68. Ada dinyatakan kepada mereka yang bersolat dibelakang Imam memaklumkan kepada Imam jika ia enggan membaca.

Ruku' - الركوع

69. Apabila habis memnbaca Al-Quran, ia harus diam sebentar bagi mengambil nafas.

70. Kemudian ia harus mengangkat tangan sebagaimana di nyatakan didalam Takbirat Al-Ihram.

71. Dan bertakbir, dan ianya wajib.

72. Kemudian ia ruku', tunduk dengan kadar sendinya membenarkannya, dan anggotanya mengambil posisi dan tenang dengannya. Dan ini adalah Rukun.

Kaifiat Ruku: - كيفية الركوع:

73. Harus meletakkan tangan diatas lutut, teguh, mengembangkan jari keluar, semasa ia mengenggam lutut-lututnya. Semua ini adalah wajib.

74. Harus meratakan memanjanbgkan belakang dan menjadikan ia rata, jika air dituangkan keatasnya, ia akan tetap disitu (tidak tumpah). Ini adalah wajib.

75. Tidak menundukkan atau meninggikan kepala, tetapi selari dengan belakang.

76. Harus menjauhkan siku-sikunya dari tepinya.

77. Didalam ruku, dia harus mengucapkan "Subhaana Rabbiy Al-Azim"(Maha Suci Tuhan yang maha Agung) 3 kali atau lebih.

Menjadi perkara utama didalam solat sama panjangnya - تسوية الأركان:

78. Sunat menjadikan bahagian rukun didalam solat sama panjang, agar ruku', berdiri selepas ruku', sujud dan duduk diantara dua sujud hendaklah dilakukan dengan kadar yang sama panjang.

79. Tidak dibolehkan membaca Al-Quran ketika ruku' dan sujud.

'itidaal dari Ruku' - الاعتدال من الكوع:

80. Kemudian ia harus berdiri lurus selepas ruku'. Ia adalah rukun didalam solat.

81. Semasa berdiri, ia harus berkata :"Sami’a Allaahu liman hamidah (Allah mendengar kepada siapa yang memujinya).” Ini adalah wajib.

82. Ia harus menaikkan tangan semasa berdiri tegak, sebagaimana cara yang dinyatakan diatas.

83. Ia harus berdiri tegah sehingga tulang belakang kembali kepada tempatnya. Ini adalah rukun didalam solat.

84. Sementara berdiri, Ia harus berkata,“Rabbanaa wa laka al-hamd (Ya Tuhan kami, kepada kamulah segala pujian).” Ini adalah WAJIB bagi setiap orang yang bersolat. walaupun ia mengikut Imam, kerana zikir ini adalah zikir berdiri selepas ruku' dan berkata :"Sami’a Allaahu liman hamidah" ialah zikir semasa hendak berdiri tegak dari ruku'. (Tidak dinyatakan semasa berdiri meletakkan tangan atas satu sama lain).

85. Harus melakukan berdiri yang sama panjangnya kepada rukuk, sebagaimana dinyatakan diatas.

86. Kemudian harus berkata "Allahu Akbar" - ini adalah wajib.

87 Kadangkala ia harus mengangkat tangan.

Sujud - السجود

Turun bawah dengan dua belah tangan - الخرور على اليدين:

88. kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu.

89. Kemudian ia sujud - ia adalah rukun - ia meletekakkan beratnya ke kedua tapak tangan dan mengembang keluar.

90. Ia harus meletakkan jari-jarinya bersama

91. An arahkan jari telunjuk mengadap qiblat

92. Menjadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahunya.

93. Adakalanya ia harus membuat ia sama dengan telinganya

94. Harus menjauhkan lengannya dari tanah, dan ini wajib, dan TIDAK meletakkan (melebarkan)ianya di tanah seperti anjing

95. Ia harus meletakkan hidung dan dahinya diatas bumi, Ini Rukun.

96. Ia juga harus meletakkan lututnya atas bumi

97. begitu juga dengan jari kaki (perut jari).

98. Harus menegakkan kaki dengan jari kakinya terkena bumi. Semua ia adalah wajib

99. Menjadi jari-jari mengadap qiblat.

100. Meletakkan tumit-tumit sesama

'itidaal didalam sujud - الاعتدال في السجود:

101. Wajib tenang didalam sujud, mengagihkan berat badan ke tempat-tempat yang bersentuhan dengan tanah semasa sujud: ia adalah hidung, dahi, tapak tangan, lutut dan jari kaki.

102. Sesiapa yang mendapat tenang (ease) didalam sujud, iaitulah toma'ninah yang yakin, Toma'ninah didalam sujud adalag rukun

103. Dan berkata : "Subhaana Rabbiy al-‘A’laa" (Mahasuci Ruhan yang Maha Tinggi) 3 X atau lebih.

104. Adalah mustahab memperbanyakkan do'a didalamnya, sesunguhnya ia adalah waktu apabila do'a kita lemungkinan di jawab.

105. Ia harus menjadikan masa sujudnya lebih kurang sama dengan ruku' sebagaimana yang disebutkan diatas.

106. Adalah dibolehkan sujud di tanah tanpa alas, atau sesuatu yang mengalas bumi seperti pakaian atau karpet, atau tikar(rug) atau sebagainya.

107. Tidak dibolehkan membaca Al-Quran semasa sujud.

Duduk Iftiraash dan Iq’aa’ antara 2 sujud - الافتراش والإقعاء بين السجدتين:

108. Kemudian menaikkan kepala & berkata Allahu Akbar. Ini adalah wajib

109. Kadang-kadang mengangkat tangan

110. Kemudian ia duduk dengan tenang (toma'ninah) sehingga tulang belakangnya kembali ketempatnya. Ini adalah wajib

111. Ia harus menghulurkan kaki kiri dan duduk diatasnya. Ini ada wajib

112. Ia harus meletakkan kaki kanan menegak.

113. Jadikan jari-jarinya mengadap qiblat.

114. Dibenarkan iq'aa' kadang kala, bermakna berehat diatas kedua-dua heels dan tapak kaki.

115. Semasa duduk berkata "Allaahumma ighfir li warhamni wajburni, warfa’ni, wa’aafini warzuqni (Ya Allaah, ampun aku, rahmatilah kami, kuatkan kami, tinggikanlah status kami, ampun kami dan berilah aku reski)."

116. Jika ia kehendaki boleh membaca :""Rabbi ighfir li, Rabbi ighfir li" (Ya Tuhan ampunilah daku, Ya Tuhan ampunilah daku)

117. harus memanjangkan duduk sepanjang sujudnya.

Sujud ke 2 - السجدة الثانية:

118. Kemudian ia bertakbir, ia wajib

119. Kadang-kadang ia mengangkat tangan apabila bertakbir.

120. melakukan sujud ke 2, ia adalah rukun juga

121. Harus melakukan sujud sebagaimana sujud yg awal

Duduk rehat - جلسة الاستراحة:

112. Apabila ia menaikkan kepada selepas sujud ke 2 dan ingin mendapatkan rakaat ke 2, ia harus bertakbir. Ini wajib.

123. Harus menangkat tangan kadang-kala

124. Harus duduk tegak, duduk diatas kaki kiri, sehingga tulang kembali ketempatnya.

akaat ke 2 - الركعة الثانية:

125 - Ia harus bangun dari bumi disokong tangannya dengan penumbuk sebagaimana menekan dipermukaan, ke rakat ke 2, ini adalah rukun.

126- Ia harus melakukannya [rakaat kedua ini] sebagaimana yang awal

127- Melain tidak membaca doa Istiftaah

128 - Harus memendikkan rakaat ini dari yang pertama

Duduk Tashahhud - الجلوس للتشهد:.

129 - Apabila selesai rakaat ke 2 maka lakukan Tashahhud. Ia adalah wajib

130 - Dan duduk iftiraash sebagaimana sebelum ini didalam duduk diantara 2 sujud

131 - tetapi TIDAK dibenarkan duduk iq’aa’ disini

132. Meletakkan tangan kanan pada peha dan lutut kanan, dan hujung siku diatas peha, tidak jauh darinya.

133 - Harus meluaskan (relax) tapak tangan kiri diaats peha dan lutut kiri

134 - Tidak dibenarkan duduk memberatkan satu lengan sahaja. Khususnya tangan kiri.


Mengerak-gerakkan jari dan melihat kearahnya - تحريك الإصبع والنظر إليها:

135 - Dan mengenggamkan jari-jari tangan kanan kesemuanya, dan meletakkan ibujari keatas jari tengah kadang-kala.

136 - Kadang-kala menjadikan ia seperti bulatan

137 - Tunjuk jari telunjuk telunjuk kearah qiblah

138 - Harus melihat kearahnya.

139 - Mengerakkan ia, berdoa dari awal awal hingga akhir Tashahhud

140 - TIDAK menunjuk dengan menggunakan tangan kiri.

141 - harus melakukan perkara ini disetiap Tashahhud.

Bagaimana Tashahhud dan do'a yang mengikutinya - صيغة التشهد والدعاء بعده:

142 - Tashahhud ialah wajib, jika lupa harus sujud, sujud sahwi (sajdat al-sahw).

143. Membaca dengan perlahan

144 - Dan perkataannya : "Al-tahiyyaatu Lillaahi wa’l-salaawaatu wa’l-tayyibaat. Al-salaamu ‘alayka ayyuha’l-Nabiyyu wa rahmat-Allaahi wa barakaatuhu. Al-salaamu ‘alayna wa ‘ala ‘ibaad-Illaah il-saaliheen. Ash-hadu an laa ilaaha ill-Allaah wa ash-hadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasooluhu
(Segala pujian, solat dan kebaikkan hanyalah kepada Allah. Kesejahteraan keatas Nabi dan Rahmat dan berkat Allah. Keselamatan keatas kami dan hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saki bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasulullah.)."

145. Dan berselawat selepasnya keatas Nabi saw dan berkata :"Allaahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kama salayta ‘ala Ibraaheem wa ‘ala aali Ibraaheem, innaka hameedun majeed. Allaahumma baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibraaheem wa ‘ala aali Ibraaheem, innak hameedun majeed
(Ya Allah, Sejahteralah keatas Muhammad dan kaum keluarga Muhammad, sebagaimana engkau sejahterakan keatas Ibrahim dan keluarga Ibrahim; Sesungguhnya engkaulah segala Pujian, segala Kemuliaan. Ya Allah, berkatilah keatas Muhammad dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim; Sesungguhnya engkaulah segala Pujian, segala Kemuliaan.)."

146 - Dan jika ingin memendikkannya maka berkata :"Allaahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad, wa baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad, kama salayta wa baarakta ‘ala Ibraaheem wa ‘ala aali Ibraaheem, innaka haamedun majeed (Ya Allah, Sejahteralah keatas Muhammad dan kaum keluarga Muhammad, dan berkatilah keatas Muhammad dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim; Sesungguhnya engkaulah segala Pujian, segala Kemuliaan.)."

147 - Kemudian didalam Tashahhud ini ia boleh memilih mana-mana do'a yang ia suka yg telah diriwayatkan, dan berdo'a kepada Allah mengunakan perkataan ini.

Rakaat ke 3 dan 4 - الركعة الثالثة والرابعة:

148. Kemudian bertakbir dan ia wajib, Sunnah mengucapkan Takbir semasa masih duduk

149. Ia harus mengangkat tangan kadang-kadang

150. Kemudian ia harus bangun untuk rakaat ke 3, dimana ia merupakan rukun, sebagaimana rakaat berikut.

151. Ia harus melakukan sebegitu jika ingin bangun kepada rakaat ke 4.

152. Tetapi sebelum ia bangun, ia harus bangun tegak, dengan menyiapkan kaki kiri, sehingga setiap tulang kembali kepada tempatnya.

153. Kemudian ia bangun, dengan bantuan tangannya sebagaimana ia bangun ke rakaat kedua.

154. Kemudian rakaat ke 3 dan 4, ia harus membaca surah (Al-Fatihah), dan ia adalah wajib.

155. Ia mungkin boleh menambah ayat atau lebih kadang-kadang.

Membaca Al-qunut apabila bencana timbul - القنوت للنازلة ومحله:

156. Baik untuknya membaca Qunut dan berdo'a kepada muslim apabila bencana menimpa mereka.

157. Qunut harus dibaca setelah berdiri dari ruku' dan berkata "Rabbanaa wa laka’l-hamd (Tuhanku, pujian bagi engkau)."

158. Tiada doa yang khusus, dan bilamana berdo'a keatas mereka hendaklah sesuai dengan bencana yang khusus.

159. Harus mengangkat tangan apabila membaca do'a

160. Harus membaca kuat jika ia menjadi Imam

161. Mereka yang bersolat dibelakangnya membacakan Amin

162. Apabila selesai, bertakbir dan ruku'.

Qunut Al-Witr, tempatnya dan bacaannya. - قنوت الوتر ومحله وصيغته:

163. Qunut didalam witir dinyatakan kadang-kadang

164. Ia harus dibaca sebelum ruku', berlainan dengan Qunut dimasa bencana.

165- Ia harus membaca seperti berikut :

"Allaahumma ihdini feeman hadayta, wa ‘aafini feeman ‘aafayta, wa tawallani feeman tawallayta, wa baarik li feema a’tayta, wa qini sharra ma qadayta, fa innaka taqdi wa laa yuqdaa ‘alayk, wa innahu laa yadhillu man walayta, wa laa ya’izzu man ‘aadayta, tabaarakta rabbana wa ta’aalayta, wa laa manjaa minka illa ilayk (Ya Allah tunjukilah aku pada orang yang engkau tunjuki dan berilah aku ke'afiatan pada orang yang Engkau beri afiat. Serahkanlah aku pada orang yang berwali/tuhan kepadaMu, berkati aku sebagaimana Engkau berikan kepadaku, lindungilah aku dari keburukan yang Engkau tetapkan, karena Engkau menetapkan, dan tidak ada yang menetapkan untukku. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang berwali/tuhan kepadamu, dan tidak akan mulia orang yang memusuhimu, Engkau penuh berkat, Wahai Tuhan kami dan kedudukanmu sangat tinggi, tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu)".

166. Do'a ini diajar oleh Rasulullah saw, dan tiada penambahan, melainkan selawat keatas Nabi saw dan dibenarkan kerana diriwayatkan dari para sahabat.

167. Kemudian ia harus melakukan ruku' dan 2 sujud sepertimana sebelum ini.

Tashahhud Akhir dan duduk Tawaruk (meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan) - التشهد الأخير والتورك:

168. Kemudian ia harus duduk untuk Tashahhud Akhir. Ini adalah wajib.

169. Harus melakukan yang sama seperti Tashahhud Awal.

170. Tetapi harus duduk Mutawarikan, bermakna meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan.

171. Menjadikan Tapak kaki kanan menegak

172. Dibenarkan (meletakkan kaki kanan) diatas tanah kadang-kadang.

173. Harus meletakkan tapak tangan kiri diatas lutut kiri, memberatkan kepadanya.

Kewajiban berselawat keaatas Nabi saw dan berlindung dari 4 perkara - وجوب الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم والتعوذ من الأربع:

174. Wajib didalam Tashahhud berselawat keatas Nabi saw, dan beberapa bacaannya telah dinyatakan sebelum ini.

175. Harus berlindung kepada Allah dari 4 perkara dan berkata: "Allaahumma inni a’oodhu bika min ‘adhaab Jahannam wa min ‘adhaab al-qabri wa min fitnat il-mahyaa wa’l-mamaat, wa min sharri fitnat il-maseeh al-dajjaal (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari siksa neraka dan siksa kubur, dan dari fitnah orang yang hidup dan orang yang mati serta dari keburukan fitnah masih al-dajjal)."

Do'a sebelum salam - الدعاء قبل السلام:

176. Kemudian ia boleh membaca untuk dirinya yang mana yang sesuai, sebagaimana thabit didalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak do'a, Jika ia tidak mempunyai apa-apa do'a maka katakanlah apa yang mudah baginya, bagi perkara yang memunafaatkannya didalam agama dan duninya.

Salam dan jenis-jenisnya - التسليم وأنواعه:

177. Kemudian ia memberi salam ke kanan, ia adalah rukun, sehingga nampak pipi kanannya (dari arah belakang).

178. Kemudian ia harus memberi salam ke kiri, memalingkan wajahnya hingga pipi kirinya kelihatan, walaupun solat jenazah.

179. Imam harus menaikkan suaranya apabila memberi salam, melainkan didalam solat jenazah.

180. Beberapa jenis salam :
a. "Al-Salaamu ‘alaikum wa rahmat-Allaahu wa barakaatuhu" ke kanan, and "Al-salaamu ‘alaaikum wa rahmat-Allaah" ke kiri.
b. Yang sama, melainkan tanpa menyebut "wa barakaatuhu".
c. "Al-Salaamu ‘alaikum wa rahmat-Allaahu" ke kanan dan "Al-salaamu ‘alaaikum" ke kiri.
d. Menyebut satu salam, mengangkat sedikit kepala sedikit ke kanan.

==================

Wahai saudaraku, ini adalah apa yang aku lakukan bagi meringkaskan dari Sifat Solat Nabi (saw), didalam usaha menjadikan ia lebih mudah di akses kepada anda, agar ia jelas, seolah-olah kamu melihat dengan mata kamu sendiri. Jika anda bersolat menurut cara Nabi saw bersolat, Aku berharap Allah akan menerimanya dari kamu, kerana dengan melakukannya ini kamu benar-benar meletakkan ianya secara amali perkataan (sabdaan) Nabi saw :"Solat sebagaimana kamu lihat aku bersolat".

Lebih-lebih lagi kamu jangan lupa tentang menghadirkan hati dan keikhlasan didalam solat , semua ini adalah untuk tujuan bangun sebelum bersolat kepada Allah., Lebih banyak anda dapat membentuk sikap ikhlas dan tunduk didalam solat sebagaimana di jelaskan kepada anda didalam solat Nabi saw, lebih banyak munafaat yang anda perolehi, sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuhan didalam firmannya :

"Sesungguhnya solat adalah itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" [al-‘Ankaboot 29:45]

Akhir kata, aku memohon Allah menerima solat dal semua kebaikkan yang kita lakukan, dan menyimpankan ganjaran sehingga hari tersebut apabila kita menemuinya"

"Hari yang tidak ada munafaat Harta dan anak-pinak melainkan membawa kepada Allah Hati yang Salim" [al-Shu’araa’ 26:88]

Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa oleh Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani.

-tamat-

P/S: SIFAT SOLAT YG DIKEMUKAKAN OLEH ALBANI BUKANLAH PENDAPAT YANG MUKTAMAD. MUNGKIN SAJA TERDAPAT ULAMA' LAIN YANG MENGEMUKAKAN PENDAPAT YANG SEDIKIT LAIN DARI PENDAPAT ALBANI. WASSALAM.

0 komentar:

Best viewed on firefox 5+

Blogger templates

Blogger news

Blogroll

Copyright © Design by Dadang Herdiana